Saturday, May 19, 2012

ALHAMDULILLAH 17 TAHUN BERSAMA


Alhamdulillah 17 tahun yang lepas (1995) hari Jumaat selepas Asar....kita sah sebagai suami isteri....17 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama dikurniakan seorang puteri Natasha Aliyah dan seorang putera Ahmat Mirza segala dugaan pahit manis dilalui bersama..semoga dimurahkan rezeki sentiasa dilindungi dan berkekalan hingga ke akhir hayat....Aminnn....T.kasih atas segalanya. Perkenalan 8 tahun (1987) sebelum diijabkabulkan ... menempuh pelbagai dugaan berkawan bersama mengejar cita2...hingga ke hari ini tahun 2012 memnandakan 25 tahun kita sebgai kawan, teman, dan suami isteri.. Sambutan kecil kecilan bersama staff di kedai ku....

Thursday, May 17, 2012

KENANGAN TERINDAH 2011 - MENJADI TETAMU ALLAH LAGI....

Sudah lama betul x update blog ni...kesibukan yang melanda membataskan berblogging.....apa pun 2011 yang ditinggalkan terlalu manis.... peristiwa yang tidak dapat dilupakan dan menjadi kenangan seumur hidup ku bersama suami kami dijemput sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan Rukun Islam Kelima - Menunaikan Haji di Mekah . Alhamdulillah....Sedih, sayu, syahdu, gembira, semua dirasa tatkala mendapat panggilan pengesahan ...hanya dua minggu lagi sebelum waktu keberangkatan, penerbangan kami adalah penerbangan kedua akhir KT87....berangkat pada 29 october 2011 dan pulang pada 9 Disember 2011. Alhamdulillah...kami berdua telah bersedia dari segi rohani, jasmani, fizikal dan mental..ya Allah permudahkan lah segala urusan ibadah kami.Setibanya di Kota Mekah ... keadaan memang sesak dipenuhi dengan umat Allah dari seluruh pelosok negara ...kerana hanya tinggal seminggu sahaja lagi akan tibanya waktu wukuf di Arafah....Di Mekah saya berkongsi bilik dengan 3 orang lagi kakak2...kiranya sayala yang paling muda dalam bilik tu heheh...kak Yam dan kak Min seorang guru besar sekolah dari Perak dan kak Yah dari terengganu, Alhamdulillah saya mendapat kakak2 sebilik yang begitu baik.Bermula dari sepenuh penuhnya kota mekah dengan umat Allah sebelum wukuf sehinggalah kota Mekah lengang selesainya waktu wukuf ... saya dan suami menyaksikan keadaan ini, kami berada selama 32 hari di Mekah waktu yang begitu lama...sehingga sayang dan sedih untuk tinggalkan Mekah dan berangkat ke Madinah. Alhamdulillah....Allah permudahkan semua urusan ibadah haji kami berdua....bersabar dan menyerahkan diri segalanya untuk yang maha kuasa....bermula mabit di mudzalifah...wukud di Arafah...dan di Mina...sesungguhnya Allah maha pengampun , maha mengasihani, betapa besarnya kuasa Allah s.w.t....airmata tak kering...sentiasa mengalir ketika wikuf diArafah..menginsafi diri ini ...terasa begitu kecilnya..begitu kerdilnya kita .... inila tempat dimana amalan kita akan dihisab .. ditimbang di hari Akhirat nanti. Subhanallah....disnilah tempatnya yang menguji kesabaran kita terutama suami isteri...waktu wukuf...adalah waktunya untuk memohon apa saja pada Allah s.w.t...jangan sekali kali membiarkan waktu di wukuf berlalu begitu sahaja.....inilah peluang kita terasa begitu dekat dengan NYA.Selesai waktu wukuf , tiba masa untuk melengkapkan ibadah haji ..dengan melakukan tawaf haji, mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram yang sungguh indah.....dan kemudian hari2 berikutnya di penuhi dengan melakukan umrah sebanyak yang kita mampu. Berangkat pula ke Madinah... Alhamdulillah .... Allah permudahkan untuk saya menunaikan solat diRaudhah tempat yang ingin dikunjungi oleh semua umat yang sampai di Masjid Nabawi ...peluang yang diberikan..pasti tidak akan di sia-siakan...sesungguhnya berada di Mekah dan Madinah membuat kan kita lupa dengan hal hal duniawi...subhanallah....rutin harian berulang ke Masjid...begitu menenangkan...tidak sedar tibanya 9 Disember 2011 tiba masa untuk berangkat pulang...perasaan sungguh sedih untuk meninggalkan bumi Allah ini. YaAllah semoga kami akan mendapat jemputan untuk menjadi tetamu mu lagi.

Sesungguhnya apa yang saya paparkan hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dan keadaan semasa musin Haji.



Masjidil haram yang penuh sebelum waktu Wukuf


Perkarangan Masjidil Haram


Mabit di Mudzalifah


Wukuf di Arafah


Bersama kak yah - kakak sebilik semasa di Arafah


Suami di Khemahnya di Arafah


Perkarangan luar khemah di Arafah


Selesai Solat suami isteri keluar dari khemah mendapatkan pasangan masing2 untuk meminta maaf dan berdoa bersama satu acara yang sungguh bermakna diaturkan oleh Zahafiz Travel


Bersama suami setelah selesai berdoa bersama


Khemah wanita di Mina


Khemah Lelaki di Mina


Melalui terowong untuk melontar di Jamrah


Sekitar kawasan Jamrah


Selesai melontar


Kenangan bersama kakak2 sebilik


Suami bersama rakan sebilik


Jemaah KT87 - Zahafiz Travel

Nanti akan upload pula gambar2 sekitar lawatan di Mekah & Madinah